Senin, 11 Agustus 2014
Browse Manual »
Wiring »
4
»
806
»
cantas
»
ditahan
»
ini
»
ops
»
pagi
»
sehingga
»
4 806 Ditahan Ops Cantas Sehingga Pagi Ini

4 806 Ditahan Ops Cantas Sehingga Pagi Ini

KUALA LUMPUR – Polis menahan 4,806 orang daripada 122,255 orang yang diperiksa sehingga 6 pagi tadi sejak Ops Cantas Khas dijalankan Ogos lepas di seluruh negara bagi membanteras kongsi gelap dan individu yang terbabit dengan jenayah berat.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman Datuk Abdul Jalil Hassan berkata dalam operasi itu, sebanyak 221 senjata turut dirampas termasuk senjata api dan senapang angin
buatan sendiri.
“Tangkapan dilakukan atas pelbagai kesalahan antaranya memiliki senjata api dan orang yang dikehendaki bersabit kesalahan jenayah termasuk yang dipercayai menganggotai kumpulan kongsi gelap.
“Kita turut merampas sebanyak 10 pucuk senjata api, senapang angin buatan sendiri (10 laras), pistol tiruan (3), senapang buatan (10), slug peluru (11), kelopak peluru (1), pedang (21), pisau (68), parang (45), kapak (6), batang besi (12), buku lima (9), kayu panjang (4), kerambit (7), spanar hidup (3) dan golok bersarung (1),” katanya dalam laporan Bernama hari ini.
Abdul Jalil berkata daripada 75,575 kenderaan yang diperiksa pula, sebanyak 222 daripadanya dikenal pasti sebagai kenderaan curi iaitu kereta sebanyak 115, motosikal (83) dan lain-lain (24). – BERNAMA
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar